Skip to content

Recent Articles

30
Sep

MDA Supports ASAS’ Call To Remove Abercrombie & Fitch Advertisement



SINGAPORE – While outdoor advertising is self-regulated by the industry, the Media Development Authority (MDA) has nonetheless stepped up the pressure on the removal of an Abercrombie & Fitch advertisement along Orchard Road.

Yesterday, the MDA voiced its support for the Advertising Standards Authority of Singapore (ASAS), which said the ad breaches the advertising code of decency and called for its suspension.

The advertisement features a shirtless man in low-slung jeans, plastered across the American fashion retailer’s entire four-level-high shopfront at Knightsbridge Mall along Orchard Road – ruffling feathers among some members of the public who questioned whether it is vulgar.

In response to media queries yesterday, MDA director for content and standards Amy Chua reiterated that outdoor advertising here is self-regulated by the industry.

Noting that ASAS has been “playing a key role in promoting a high standard of ethics in advertising”, Ms Chua added: “We support and encourage ASAS to exercise the full weight of its industry influence to follow up and effect its decision.”

ASAS reportedly declared the suspension of the ad two weeks ago.

However, it does not have legal authority to enforce the decision.

ASAS, which draws up the Singapore Code of Advertising Practice, relies on voluntary compliance from stakeholders in the industry, such as advertisers, to observe the regulations.

ASAS chairman Tan Sze Wee told Today that they have yet to hear from Abercrombie & Fitch’s Singapore and United States offices after writing to the company on Sept 14.

With the advertisement still up, Dr Tan added: “Our next action would be to check with the Building and Construction Authority on the removal of the advertisement.”

He added that ASAS will continue to contact the company and work with “stakeholders and industry players … to remove the advertisement”.

If Abercrombie & Fitch modifies its advertisement, Dr Tan said that ASAS would treat it as a new advertisement and take action accordingly if it breaches the code’s guidelines.

He said that the authority welcomes the MDA’s support, adding: “We emphasise that it is important for stakeholders and industry players to work hand-in-hand to improve the standards of advertisements in Singapore, given that this is a self-regulated industry.”

A spokesperson from Abercrombie & Fitch reportedly said that the company is investigating the matter and is not in a position to comment at this time.

Today Online

29
Sep

Rihanna Dihalau Dari Ladang

BELFAST 28 Sept. – Penyanyi pop terkenal, Rihanna diusir dari ladang seorang petani di utara Ireland kerana berpakaian kurang sopan semasa penggambaran video terbarunya pada Isnin lalu.

Ketika itu, Rihanna sedang merakam video untuk lagu single barunya We Found Love di ladang barli berlumpur di bandar Bangor yang terletak di timur Belfast.

Pada mulanya, petani, Alan Graham memberi kebenaran kepada Rihanna membuat penggambaran video di ladangnya tetapi kemudian memutuskan untuk mengusirnya apabila Rihanna mula mendedahkan pakaiannya sehingga menampakkan bikininya.

Graham, 61, yang merupakan seorang penganut Kristian menghentikan traktornya di sebelah penyanyi tersebut lalu menyuruhnya untuk menutup badannya.

“Tingkah lakunya adalah tidak wajar,” kata Graham yang merupakan seorang penganut Protestan dan anggota Parti Kesatuan Demokratik (DUP) yang berkongsi kuasa di Belfast.

Menurutnya, Rihanna memahami pendiriannya dan mereka kemudian bersalaman sebelum Rihanna dan rakan-rakannya beredar dari situ. – AFP

Utusan

29
Sep

Peminat Jacko Berhimpun


Ibu Jackson, Katherine Jackson (kiri) dan bapa penyanyi pop itu, Joe Jackson tiba di luar bangunan Mahkamah Agung Los Angeles untuk mengikuti perbicaraan Dr. Murray didakwa melakukan kesilapan memberi suntikan perubatan sehingga menyebabkan kematian mengejut ikon pop itu, kelmarin. – AFP

LOS ANGELES 28 Sept. – Beratus-ratus peminat raja pop, Michael Jackson berhimpun di luar Mahkamah Agung Los Angeles bagi mengikuti perbicaraan seorang doktor yang didakwa melakukan kesilapan memberi suntikan perubatan sehingga menyebabkan kematian mengejut ikon pop itu.

Sambil melaungkan perkataan ‘pembunuh’, seorang wanita dilaporkan cuba menyerang doktor berkenaan, Dr. Conrad Murray sebelum perbicaraan diteruskan.

Kalangan peminat terbabit, ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk mengikuti perbicaraan itu termasuk yang sanggup berbaris panjang cuba masuk ke dalam mahkamah.

”Di sini kita lihat ada 30 sepanduk dari Itali, Rusia, England, Chile, Afrika dan beberapa negara luar lain.

”Ini menunjukkan betapa besar pengaruh beliau (Jackson),” kata seorang peminat Jackson, Rita Bosico, 46 tahun.

Selain peminat Jackson, beberapa penyokong Murray turut berhimpun di luar mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap doktor tersebut.

Murray seorang pakar jantung didakwa memberi sedatif dan ubat penahan sakit bagi membantu Jackson tidur.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. – AFP

Utusan

29
Sep

KL Ku Tanpa Prop, Kurang Bajet

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


RAJA Amy Shahril (kiri) dan Jihan Muse antara pelakon penting dalam KL ku.

SANGGAR Teater Fauziah Nawi atau Stefani Events kerap mementaskan teater sama ada yang berskala kecil mahupun besar di dalam dan luar negara sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Sebagai aktivis yang sering berdepan masalah bajet dalam menganjurkan persembahan teater, dia tidak menjadikan faktor itu sebagai halangan. Tetapi pemiliknya Fauziah Nawi lebih mengutamakan mutu karya dan gaya lakonan para pelakonnya yang terbabit bersamanya.

Untuk pementasan terbarunya berjudul Kembang Layarku (KL Ku) yang akan dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBKL), Kuala Lumpur mulai 3 hingga 8 Oktober ini pada pukul 9 malam, dia sekali lagi berdepan dengan masalah tersebut.

Menurut aktivis teater berusia 58 tahun ini, teater karya dan arahan Iryanda Mulia Ramly itu tidak menampilkan sebarang prop dan ia hanya menampilkan lima pelakon yang berbekalkan bakat bagi menghidupkan watak lakonan masing-masing.

“Stefani Events memang tidak ada banyak duit. Kami hanya bergantung pada kekuatan lakonan para pelakon dalam setiap pementasan yang kami anjurkan. Bagi saya bakat lebih penting.

“Bukan setakat pementasan di tempat kecil seperti Stor Teater yang boleh memuatkan tidak sampai 100 penonton, malah panggung Esplanade di Singapura juga memberi kepercayaan kepada kami kerana bakat berlakon.

“Saya telah mengadakan persembahan di Esplanade sebanyak dua kali dan memang tidak ada prop pentas yang hebat seperti pementasan teater komersial yang lain. Tetapi sambutannya tetap tidak menghampakan para penonton,” katanya kepada Hits.

Dia membuka rahsia itu pada sidang akhbar pelancaran teater terbaru terbitannya itu yang membariskan lima pelakon iaitu Raja Amy Shahril, Ku Haris, Oreo, Jihan Muse dan Chi Azim yang mengenakan tiket berharga RM20 untuk pementasan tersebut.

Pelakon yang biasa melakonkan watak ibu dalam drama-drama televisyen ini menambah, dia pernah mendapat bajet yang besar dalam mementaskan teater tetapi akhirnya kelebihan itu belum memberi kepuasan sebenar kepadanya.

“Bagi saya prop cuma sekadar kosmetik di mana pengisian dalam sesebuah teater itu paling utama. Pada 2005 misalnya, saya pernah terbabit dalam pementasan teater berjudul Orang Kota Bharu karya S. Othman Kelantan di Panggung DBKL yang menelan kos RM200,000.

“Sedangkan ia tidak banyak membantu mutu pementasan teater itu. malah pada akhirnya setiap tenaga kerja teater itu cuma mendapat sekitar RM1,000 sahaja bayaran daripada pementasan tersebut,” ungkapnya.

Sebagai pelakon drama, teater dan filem dia akan terus berusaha mengangkat pelbagai karya teater menerusi Stefani Events biarpun terpaksa bersaing dengan ramai lagi aktivis teater yang lebih muda dan aktif daripadanya dalam bidang tersebut.

Malah, Fauziah yang juga pelakon drama, filem dan teater terkenal tanah air itu pada masa sama enggan dilabelkan sebagai pelakon veteran biarpun lebih 30 tahun dia terbabit dalam bidang seni yang telah menjadi darah dagingnya itu.

Menurutnya yang juga pelakon dan pengarah berasal dari Ipoh, Perak itu, tiada istilah veteran dalam bidang lakonan kerana berlakon tidak seperti kerjaya lain yang mempunyai had masa tertentu. Paling penting baginya adalah bakat dan kesihatan yang baik.

“Dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja yang melabelkan seseorang artis itu veteran apabila berusia lebih 50 tahun dan ke atas. Sedangkan negara-negara lain tiada istilah itu dan mereka terus berlakon walaupun sudah tua,” ujarnya dalam nada serius.

Fauziah mengulas isu itu selepas dia diminta agar bernaung di bawah kategori artis veteran dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai syarat sebelum namanya dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia ke-24 nanti.

“Saya dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Susuk dalam festival filem itu. Sayangnya, sebelum dicalonkan saya mesti menjadi ahli Seniman dalam kategori artis veteran.

“Saya kurang setuju dengan syarat itu. Saya juga tidak setuju apabila dikategorikan sebagai artis veteran. Ia secara tidak langsung menjatuhkan reputasi saya sebagai artis kerana gelaran itu seolah-olah menggambarkan saya sudah tidak berdaya berlakon.

“Hakikatnya saya masih aktif dan mampu berlakon dan saya tidak mahu orang salah faham apabila mendapat gelaran tersebut,” ujarnya mencadangkan agar gelaran veteran ditarik balik daripada dunia seni tempatan.

Sementara itu, Fauziah menjelaskan KL Ku yang mengambil durasi sekitar sejam mengisahkan tentang perjalanan manusia yang lazimnya memainkan peranan dalam kehidupan manusia-manusia yang lain. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 012-2429621 dan 017-3167995.

Utusan

29
Sep

Eman Cintai Gadis Muda

BENARKAH pelakon Eman Manan sudah bertemu jodoh baru yang bakal menjadi suri hatinya? Adakah pilihan hatinya wanita seusia atau gadis yang jauh lebih muda?
Sekiranya gadis jauh lebih muda yang menjadi pilihan adakah pinangannya diterima keluarga gadis itu?

Jawapan kepada kenyataan tersebut terjawab apabila anda meluangkan masa menyaksikan telefilem menarik; Manual Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Panggung Ahad pada 2 Oktober, jam 10 pagi di TV1.

Telefilem diterbitkan United Kadila Sdn Bhd itu menyaksikan lakonan hebat Eman Manan bergandingan dengan Noris Ali, Marissa Yasmin, Rosnah Johari, Maimun Mutalib dan Datuk Rahim Razali.

Cerita bermula dengan kemasyhuran Haikal lakonan Eman Manan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di satu syarikat multinasional yang terbabit dalam perniagaan pengangkutan dan eksport import tetapi dalam usia 48 tahun, hidupnya kesepian tanpa isteri atau teman wanita.


Kesunyian dan kesepian Haikal mendapat simpati Pembantu Peribadinya, Aisyah (Marissa Yasmin) bukan sekadar menguruskan kerja-kerja Haikal di pejabat malah hampir segalanya mengenai Haikal.


Satu hari, Haikal terserempak dengan Maisara. Gaya dan senyuman Maisara mengingatkan dia pada seseorang yang lama cuba dilupakan tetapi tidak berupaya.

Pertemuan dengan Maisara merubah kehidupan seharian Haikal. Dia gelisah tidak menentu. Senyuman seperti itulah yang memikat jantung hatinya 23 tahun lalu.

Justeru, hampir setiap hari Haikal menelefon Maisara.

Entah mengapa, Maisara pula begitu senang menerima panggilan daripada Haikal.

Maisara yakin dia jatuh cinta pada Haikal, tapi masalahnya, usia Haikal hampir sebaya ibunya, Rozita.

Aisyah gembira apabila Haikal jatuh cinta tetapi terkedu seketika apabila Haikal memberitahu usia Maisara baru 22 tahun.

Bagaimanapun, apabila melihat Haikal mula mabuk cinta, mahu atau tidak Aisyah menyokong juga hasrat Haikal.

Malangnya Haikal yang 24 tahun tidak bercinta, agak gementar dan kaku setiap kali menelefon Maisara. Apabila mereka keluar makan bersama, Haikal lebih banyak berbual soal bisnes dan pekerjaan. Aisyah yang bersimpati dengan kegelisahan Haikal, memberi beberapa tips kepada Haikal dalam usaha menawan hati Maisara.

Bermulalah episod percintaan Haikal dengan Maisara. Setiap kali keluar bersama Maisara, Haikal akan merujuk kepada Aisyah. Aisyah bagaikan manual cinta Haikal. Hadiah untuk Maisara juga disarankan dan dipilih Aisyah.

Setelah beberapa kali Maisara minta izin untuk keluar makan malam bersama kawan, Rozita mula mengesyaki Maisara sedang bercinta. Apabila didesak, akhirnya Maisara mengaku.

Yusof dan Rozita ingin mengenali teman istimewa Maisara menyebabkan Maisara serba salah dan benar-benar berada dalam dilema. Begitu juga dengan Haikal.

Sesekali dia keliru, apakah tindakannya bercinta dengan Maisara itu wajar.

Sanggupkah kedua orang tua Maisara menerima menantu yang seusia mereka? Lalu bagaimana pula dengan Aisyah yang dalam diam sebenarnya menyintai Haikal? Adakah cintanya berbalas?

Harian Metro

29
Sep

Lebih Gedik Dari Ganas

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

Judul filem ini mengingatkan penonton kepada francais popular Korea, My Wife Is A Gangster (2001-2006). Dibikin semula dalam versi Cina tahun lalu, kejayaan besar siri itu barangkali mencetuskan ilham kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk menulis skrip dan mengadaptasikannya kepada citarasa tempatan.

Bagaimanapun, Bini-Biniku Gangster bukanlah filem ciplak mahupun saduran, biarpun secara jelas ideanya tidak asli. Filem ini meneruskan ketaksuban pembuat filem kita terhadap budaya samseng selepas Kongsi dan KL Gangster (2011); seperti mana mereka pernah obses dengan filem-filem rempit dan hantu.

Bini-Biniku Gangster bermula dengan fokus kepada kehidupan pasangan suami isteri, Herry dan Manja. Di sebalik kelembutan dan kebijaksanaan Manja menguruskan rumah tangga, Herry tidak mengetahui isterinya itu ialah kepala gangster yang dikenali sebagai Kak Yong.

Selepas dua tahun berkahwin, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata. Manja yang sedar akan keinginan suaminya mencarikan jodoh baru dengan meminang Reanna, rakan setugas Herry untuk dijadikan madu. Reanna sebenarnya ialah adik kepada Min Siam, musuh ketat kumpulan gangster Manja.

Watak Reanna yang diputihkan pada mulanya, kemudian didedahkan sebagai gangster, bukanlah satu elemen kejutan. Melalui tajuk filem pun, penonton sudah boleh mengagak. Justeru, apa yang ingin diketahui ialah konflik di antara Herry, Manja dan Reanna.

Menyaksikan karakter komikal mereka yang sengaja dilebih-lebihkan, saya sedar ini bukanlah naskhah untuk diambil serius. Bukan bermaksud jangan peduli, tetapi ia dibuat semata-mata sebagai wadah mengisi masa lapang. Rasanya filem ini tidak berhasrat menjadi sebuah komedi klasik.

Bini-Biniku Gangster adalah sebuah filem yang ringkas. Jalan ceritanya tersusun dan tidak merumitkan, cuma sedikit longgar pada penghujung. Selepas bermain dengan macam-macam idea dari awal cerita, penulis skrip enggan menjadi lebih kreatif apabila mencipta kesimpulan dengan cara yang mudah.

Penamat itu seakan satu jalan pintas untuk memberitahu sebenarnya tiada siapa pun yang terancam kerana mereka semua datang dari dunia gangster. Ini menjadikan plot Bini-Biniku Gangster tidak cukup ‘adventurous’ dan tidak di luar kotak. Kejutan itu bukan saja tidak meyakinkan, malah klise.

Filem ini tidak membawa apa-apa faktor-x untuk dikenang. Ia sekadar mengulangi apa yang pernah kita tonton dalam filem aksi komedi lain. Kalau berbeza pun, watak-watak wanita lebih dominan bersesuaian tema dan tajuk.

Mungkin kerana itu, sikap gedik yang dibawakan pelakon lebih menonjol dari babak-babak ganas. Kerana filem ini ditunjangi wanita, maka ganas yang dipamerkan itu ‘dilembutkan’ dan dikurangkan.

Sebagai pelakon bukan komedi, Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Shaheizy Sam mampu membuatkan penonton ketawa menerusi dialog-dialog dan gerak tubuh. Mereka tiada masalah dalam mencari keserasian.

Gaya manja Sam menjadikan dia lebih digilai penonton, manakala Yana dan Intan membuktikan mereka pelakon versatil yang berani menggalas pelbagai watak.

Saya tertarik dengan karakter Mat Saja lakonan Zalif Sidek. Wataknya tidaklah begitu penting kepada penceritaan, tetapi apa memberikan impak ialah lakonan bersahajanya. Zalif dilihat sebagai pesaing kepada pembawa watak-watak comic relief yang selama ini dikuasai Angah, Along, Zizan atau Johan.

Berkesan atau tidak Bini-Biniku Gangster, saya percaya Ismail Bob Hasim akan terus mengarah. Seperti penerbit David Teo, saya juga percaya pengarah ini berpotensi menjana kutipan box office dalam filem-filemnya yang akan datang, seperti yang dibuktikan menerusi filem pertama arahannya, Ngangkung (2010).

Utusan

29
Sep

May Pada Kelas Tersendiri

TIADA apa yang mampu menyangkal kehebatan dan kekuatan kumpulan rock legenda, May kerana tidak sekadar bersandar pada deretan lagu yang kekal hingga ke hari ini, malah kumpulan yang sudah lebih tiga dekad bertapak dalam pentas seni hiburan ini punya tenaga tersendiri pada vokal penyanyinya, Mus yang mampu memukau penonton.

Bayangkan, mereka yang diundang bagi menggegarkan Konsert Gegaria sempena sambutan Karnival Gegaria Harian Metro di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak

malam Sabtu lalu berjaya mengikat lebih 50 ribu penonton untuk terus setia

ke akhir persembahan.

Jelas, meskipun sudah jauh merentas gelanggang nyanyian, bakat dan pesona penghibur yang ada pada kumpulan rock terkenal ini tidak sekelumit ditenggelami bintang muda lain.


Malah tenaga mereka cukup luar biasa ketika menyampaikan empat lagu pada malam itu sebagai penutup tirai termasuk lagu keramat, Cintamu Mekar Di Hati.


Menurut Mus yang juga anak kelahiran Perak menyifatkan peluang beraksi di depan peminat di Ipoh adalah sesuatu yang istimewa dan indah buatnya serta anggota kumpulan May yang lain.

“Saya begitu seronok sepanjang menghiburkan peminat di sini kerana semuanya begitu bersemangat dan tidak henti menyanyi sama. Setiap lagu yang kami sampaikan berjaya membuatkan mereka terhibur dan bersorak sama hingga ke akhir konsert.

“Malah peminat yang hadir malam ini terkawal dan tidak bertindak kasar hingga mengganggu perjalanan konsert sebaliknya semuanya hanya ingin berhibur dan menyanyi sama.

“Maklumlah, kami sendiri sudah lama tidak membuat persembahan di Ipoh, pastinya mereka semua ternanti-nanti persembahan kami ini,” katanya yang ditemui sejurus tamat konsert.

Penganjuran kali kedua Karnival Gegaria pada tahun ini selepas lokasi pertama di Johor Bahru pada Julai lalu, turut berjaya memancing semua peminat yang sudah mula berasak seawal jam 7 malam lagi selain lebih 100 ribu orang yang meluangkan masa mengunjungi karnival yang diadakan sepanjang tiga hari sejak Jumaat.

Konsert yang berlangsung tepat jam 9.30 malam selepas memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Perak untuk melancarkan Perasmian Logo terbaru mereka yang dikendalikan pengacara popular, Along dari kumpulan Charm (Raja Lawak).

Menariknya, Along memilih untuk memulakan majlis dengan menyanyikan rangkaian empat lagu seperti Coba dan Mahakarya Cinta oleh Faizal Tahir kemudian lagu klasik, Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy Martin) serta Farhana (Jinbara) membuktikan bahawa dirinya cukup versatil.

Persembahan pembukaan malam itu menampilkan juara bintang realiti Mystarz LG musim ketiga, Tom, yang mendendangkan dua lagu barunya, Kuala Lumpur dan Redha.

Walaupun masih baru, penyanyi bertubuh genit itu ternyata tidak kaku berinteraksi dengan penonton malah jiwa rocknya terserlah menerusi vokalnya.

Kredit harus diberikan kepada pendatang baru, Awi Rafael kerana berjaya memanaskan punggung penonton dengan lagu Tanya Sama Hud-Hud dendangan asal M Nasir yang juga idolanya hingga membuatkan penonton terpesona dengan petikan gitar Awi yang cukup mengasyikkan.

Penyanyi kelahiran Singapura itu kemudian turun dari pentas menyampaikan lagu popularnya, Pulanglah hingga mengundang jerit peminat. Cukup dekat, cukup mesra, Awi sempat bersalaman dengan peminat yang mengerumuninya.

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengambil alih pentas dengan mempersembahkan lagu rancak, Di Bawah Pohon Asmara. Bersahaja dan mendayu, Jac kemudian memukau penonton dengan kehebatan vokalnya menerusi rendisi lagu Bertamu Di Kalbu.

Suasana menjadi lebih hangat ketika juara Mentor 3, Black naik pentas. Sempat diusik Along, Black tanpa ragu-ragu menuruni tangga pentas menyebabkan penonton berpusu-pusu menyerbunya demi untuk bersalam tatkala melantun lagu Aku Rindu Sayang Kamu.

Lebih menggamatkan apabila Black membaling jaket miliknya buat hadiah kepada mereka sebelum menanggalkan T-shirt dan tali pinggangnya pula. Habis lagu pertama, Along sambung mengusik Black dan membuat kejutan gimik dengan menjemput seorang peminat wanita untuk bersama-sama di pentas.

Memang lucu dan tak kering gusi. Sekali lagi, pemenang vokal terbaik Anugerah

Juara Lagu (AJL) itu tidak mengecewakan penonton menerusi lagu Sofea Jane.

Meskipun kurang sihat, pujian perlu diberikan kepada penyanyi jelita, Alyah.

Tampil dengan persalinan indah gaun hitam bermanik, Alyah nyata terserlah dengan lagu rancak Realiti Dewi. Lincah dan bergaya, cukup bertenaga persembahannya.

Disusuli pula dengan lagu berhantu yang kini sedang popular di radio, Kisah Hati, vokalnya cukup sempurna sehinggakan penonton terdiam seketika dengan gemersik nyanyiannya.

Lebih menarik, semua artis bergabung semula untuk menyampaikan lagu raya bersama-sama memandangkan masih dalam musim Aidilfitri.

Keseluruhannya, rata-rata peminat berpuas hati dan terhibur sepanjang konsert serta tidak berganjak sehingga ke penghujung acara. Yang pasti, konsert di lokasi kedua Gegaria Harian Metro ini bakal meninggalkan kenangan manis kepada peminat.

Awi Rafael ketika ditemui sempat menzahirkan rasa gembira dan seronoknya dengan reaksi peminat di Ipoh yang begitu hebat membuatkan penyanyi baru sepertinya rasa dihargai.

‘’Walaupun pendatang baru, saya tidak rasa dipinggirkan malah saya sangat selesa sepanjang bertemu dengan mereka. Saya juga tidak menafikan, mungkin lagu Pulanglah banyak membantu melonjakkan populariti saya selama ini. Buktinya, peminat sanggup mengerumuni saya, malah lagu tersebut pun mereka hafal.

“Alhamdulillah saya begitu seronok dan pasti akan datang kembali untuk menghiburkan peminat di Ipoh ini,’’ katanya.

Harian Metro

29
Sep

Perubahan Diana Elak Dosa

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


AKAN lebih selektif dalam memilih watak.

TIADA siapa yang meminta Diana atau Nurdiyana Amir, 25, bertudung. Apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri untuk berubah.

Kata pemegang watak Sam dalam filem 3, 2, 1 Cinta, sepatutnya, sudah lama dia melakukan perubahan yang menjurus ke arah kebaikan.

Menurut anak keempat daripada tujuh orang adik beradik itu, niat untuk memakai tudung sudah lama terpendam di hatinya namun dia belum yakin untuk melaksanakannya.

‘Pada tahun lalu sewaktu penggambaran drama Ku Sangka Dua Rupanya Tiga dan ketika berlakon dalam filem Tujuh Petala Cinta, watak yang saya dukung menghendaki saya memakai tudung.

‘Pada waktu itu, hati terasa hendak terus memakai tudung tetapi dalam masa yang sama, saya tidak bersedia kerana jiwa berkobar-kobar mahu berlakon. Maklumlah banyak watak yang belum pernah saya bawa.

‘Namun, semuanya berubah apabila akhir-akhir ini, saya sering terasa seolah-olah hari kiamat sudah dekat.

‘Apabila saya nilai diri, banyak tuntutan agama yang tidak saya penuhi. Saya takut dan sangat insaf akan kekurangan diri selama ini,’ akuinya.

Namun kata Diana, perkara utama yang membuatkan dia nekad untuk berubah adalah bagi mengelak bapanya, Amir Hashim, 54, daripada terus menanggung dosa kerana kedegilannya yang tidak mahu menutup aurat.

‘Kasihan pada abah, selagi saya belum berkahwin, dia perlu memikul dosa saya yang tidak menutup aurat kerana seolah-olah abah tidak pandai mendidik anak pula.

‘Pada hal sudah lama abah dan umi menyuruh saya menutup aurat. Alhamdulillah, ini semua berkat doa mereka,’ katanya terharu.

Kata Diana, hatinya terus tekad untuk bertudung dan bukan kerana mengikut fesyen. Diana yang ditemui di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya baru-baru ini berkata, selain itu, pengalaman rakannya yang terlebih dahulu bertudung membuatkan dia juga ingin mengikut jejak langkah sahabatnya itu.

Di samping itu, nasihat daripada ibu angkatnya yang selama ini tidak jemu-jemu menegurnya, juga adalah pendorong untuk Diana mengubah penampilan.

Meskipun kedua orang tuanya, ibu angkat dan kawan sering menasihatinya agar berubah namun orang pertama yang mengetahui dia bakal bertudung pada 19 September lalu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo.

Diana menceritakan, sewaktu memberitahu David mengenai perubahan tersebut, penerbit filem itu terus bertanya adakah dia bertudung kerana sedang bercinta dengan seseorang.

‘David ingat saya sedang bercinta sebab itu saya berubah. Walaupun berbeza agama, dia tidak membantah dan menyokong tindakan saya kerana perubahan saya berpakaian tidak menganggu kontrak.

‘Lagipun semua filem yang saya tandatangani dengan MIG sudah selesai penggambaran.

‘Setakat ini, David kata tiada masalah dan kelak saya akan ditawarkan watak mengikut kesesuaian saya dan bukan dibuang terus daripada MIG kerana perubahan penampilan,’ katanya.

Menurut Diana, setiap apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan disebabkan itu, dia yakin walaupun bertudung rezekinya dalam bidang seni tetap ada.

Namun katanya, jika benarlah rezekinya sebagai pelakon tidak panjang, Diana tidak kisah kerana dia masih ada ibu bapa yang akan menanggungnya selain menggunakan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia yang dimilikinya untuk mencari pekerjaan.

‘Sekarang ini, saya tidak mahu lagi hanyut dengan duniawi. Saya ingin memperbaiki diri untuk mendekatkan diri dengan Allah. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

‘Sebab itulah saya banyak bertanya dengan Kak Wardina, Irma Hasmie dan Einaz soalan-soalan berkaitan perubahan yang saya bakal lakukan sebelum bertudung.

‘Mereka tidak pernah jemu untuk menjawab sebarang soalan daripada saya dan di waktu yang sama, saya membaca buku-buku agama untuk menambah pengetahuan,’ katanya yang juga akan mengikuti usrah.

Diana yang pernah berlakon drama bersiri Sari Maya, Adam Maya, Laila Asyikin dan Jalan Pinang Sebatang berkata, dia tidak menyesal memilih melakukan perubahan.

Pelakon filem V3 (Samseng Jalanan), Aku Masih Dara, Senario Ops Pocot dan Sekali Lagi itu berkata, dia sentiasa berdoa agar Allah mengekalkan perasaan yang dimiliki untuk berubah ke arah kebaikan untuk selama-lamanya.

‘Hanya satu saya pinta supaya Allah kuatkan iman saya, agar diri ini tidak berubah daripada melakukan perkara-perkara yang diredaiNya,’ mohon Diana.

Dalam pada itu, dia juga memohon jasa baik semua pihak agar tidak lagi menerbitkan gambar-gambarnya yang tidak bertudung kerana dia mahu membuka sejarah baru dalam kehidupannya.

Utusan

29
Sep

Mahu Tembusi Australia

TULANG BELAKANG...Siti bersama<br />
Datuk K (dari kiri) Adib dan Bryan.<br />

TULANG BELAKANG…Siti bersama
Datuk K (dari kiri) Adib dan Bryan.

KEPUTUSAN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, mahu menghasilkan lagu Inggeris disambut baik peminat, apatah lagi ia dilaksanakan di bawah produksi What’s Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid.

Begitupun, sebaik single pertama yang dijadikan judul album, All Your Love diputarkan di radio, pelbagai maklum balas diterima.

Paling hangat diperkatakan adalah kemampuan Siti menyampaikan setiap lagu dengan ‘jiwa’ Inggeris itu sendiri.

Tidak kurang ada yang berasakan lagu yang ditampilkan tidak menggambarkan diri Siti sebenar. Dalam kata lain, dia dikatakan terlalu mencuba.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menjelaskan, dia menghasilkan album Inggeris untuk mencabar diri dan jauh sekali berniat mahu menunjuk-nunjuk.

Malah Siti yang menjadikan penyanyi antarabangsa kelahiran Kanada, Celine Dion sebagai sumber inspirasi, melihat segala teguran itu dengan penuh positif.

Katanya, jika dia tidak menghasilkan album Inggeris sekarang, dia tidak tahu kemampuannya.

“Lagu Melayu menjadi ‘makanan’ saya. Berilah apa pun saya dapat melakukannya.
Tetapi album ini sama sekali berbeza. Bukan saja dari sudut bahasa tetapi melodinya dan imej ditampilkan. Semua baru dan berbeza. Jika saya tidak melakukannya saya tidak akan tahu kemampuan diri.

“Bagaimanapun saya harus mencari titik permulaan untuk menzahirkan album ini, laksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik. Diterima atau tidak, itu bergantung kepada tuah,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran All Your Love yang diadakan secara besar-besaran di Starhill, Bukit Bintang, kelmarin.

Kata Siti, dia tidak menghadapi masalah untuk menghayati setiap lagu didendangkan sama ada dari sudut pengucapan lirik mahupun penghayatan melodi.

Tambahan pula penerbit All Your Love, Bryan B dari Australia turut membantu
sepanjang proses rakaman dilakukan yang mengambil masa dua minggu.

“Pertama kali bekerja dengan Bryan membuat saya sedikit gusar kerana belum pernah bekerja dengannya. Lainlah dengan pencipta atau penerbit di sini, saya sudah bekerja dan mereka sudah tahu cara saya bekerja. Sebenarnya kalau ada keserasian, ia lebih mudah untuk kita bekerja,” katanya.

Sepanjang 15 tahun Siti membabitkan diri dalam bidang nyanyian, namanya cukup besar di Nusantara dan hendak dinilai dari sudut itu, Siti boleh saja menghasilkan album itu dari dulu lagi menerusi Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd (SNP).

Menghasilkan album di bawah label milik anak tirinya menyebabkan ada yang memikirkan ia dilakukan semata-mata bagi membantu Adib, membina empayar perniagaan dalam industri muzik.

Menerangkan perkara itu jelas Siti, segalanya sudah tertulis dan menganggap rezekinya untuk menghasilkan album di bawah produksi milik Adib.

“Apabila Adib menyatakan mahu menubuhkan syarikat rakaman, saya dan suami (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) terkejut dan bertanya adakah benar dia mahu melakukannya.

“Adib bersungguh-sungguh dan turut menunjukkan perancangan mahu menghasilkan album Inggeris untuk saya. Dia turut memperkenalkan kami kepada Bryan dan mendengarkan sebahagian lagu-lagu yang dicipta.

“Saya berasakan lagu yang diperdengarkan itu sangat menarik. Ia segar dan baru. Memandangkan semua sudah dirangka dan dirancang dengan baik, saya berasakan mengapa tidak. Seperti yang saya perjelaskan, sudah menjadi rezeki saya untuk menghasilkannya sekarang,” katanya.

Sementara itu Adib yang turut hadir di majlis pelancaran itu bersama Bryan menjelaskan, setakat ini pihak What’s Up Entertainment merangka beberapa strategi bagi memasarkan album Inggeris ini apatah lagi membawanya ke pasaran luar.

“Bagaimanapun kami akan berusaha agar album yang diedarkan Warner Music Malaysia diterima peminat tempatan. Dalam waktu sama, kami juga turut merangka untuk memasarkannya di Indonesia dan Singapura.

“Sekiranya sambutannya menggalakkan, kami akan cuba membawanya ke Australia juga.

“Album ini dipasarkan 24 September lalu dan setakat ini cetakan pertama 3,000 unit sudah habis dijual dan cetakan kedua sedang dilaksanakan,” katanya.

Waktu sama, sedar dengan kuasa yang dimiliki teknologi Internet dan komunikasi, ia digunakan sepenuhnya untuk memasarkan album dihasilkan dengan menyenaraikannya dalam I-Tunes, Amazon dan beberapa lagi laman yang menyediakan aplikasi muat turun.

Dengan cara ini, ia memudahkan peminat dari luar negara mendapatkan setiap lagu dalam All Your Love dengan cepat.

Pastinya pengalaman menghasilkan album All Your Love memberikan perspektif berbeza buat Adib terhadap ibu tirinya itu. Terutama membabitkan sikap Siti.

Maklumlah kata orang, hubungan di rumah berbeza jika kita bekerja.

Apatah lagi anak kedua hasil perkahwinan Datuk K dan Tengku Zawiyah itu harus profesional dalam memastikan segala kerja dilakukan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Dia sangat bekerja keras. Sampai berdiri berjam-jam lamanya dan langsung tidak duduk.

“Dia juga sangat bersungguh-sungguh. Itulah perkara yang saya tidak pernah lihat mengenai Siti dan saya nampak sepanjang penghasilan album ini.

“Bagaimanapun saya tidak banyak mencampuri urusan rakaman kerana orang lain yang melaksanakannya,” katanya.

PROFIL:

Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
Tarikh lahir: 11 Januari 1979
Tempat lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang
Bintang: Capricorn
Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik.
Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah
Warna kegemaran: Hijau dan pastel
Makanan kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu
Minuman kegemaran: Minuman panas
Muzik kegemaran: Pop, Alternative, R&B dan Tradisional

Artis pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Datuk Sudirman Arshad & Tan Sri
P Ramlee

Perkara yang tidak disukai: Dipaksa, menilai seseorang tanpa usul periksa

Perkara yang paling disukai: Membeli-belah, mengusik anak buah dan memerap di dalam bilik

Prinsip: “Tak mati dek keji, tak hidup dek puji”

Album: Siti Nurhaliza I, Siti Nurhaliza II, Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati, Lentera Timur, Tahajjud Cinta dan All Your Love Konsert

Jelajah: Konsert Live Siti Nurhaliza, Konsert Mega Siti Nurhaliza Bukit Jalil 2001, Konsert Salam Akhir Siti Nurhaliza – Untukmu Sudir, Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, Siti Nurhaliza Indonesia Tour 2004, Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London (2005), Siti Nurhaliza Live Indoor Stadium, Singapore, Konsert Akustik Siti Nurhaliza, Konsert Istana Cinta, Diari Hati Siti Nurhaliza, SATU Konsert Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza, Konsert Seribu Warna, Konsert Bagaikan Sakti dan Konsert SATU Suara.

Harian Metro

24
Sep

Falling Space Junk's Range Named

WASHINGTON: NASA said early Saturday it was trying to confirm the crash-landing of the biggest piece of US space junk to fall in 30 years, which was over Canada, Africa and open ocean during the re-entry window.

The US space agency stressed there was a “very remote” risk to the public from the 26 fragments of the Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) which were expected to survive the fiery re-entry into the atmosphere.

The debris was expected to re-enter Earth's atmosphere between 11:45 pm Friday and 12:45 am Saturday (0345-0445 GMT Saturday), NASA said in its latest update.

“During that time period, the satellite was passing over Canada and Africa, as well as vast areas of the Pacific, Atlantic and Indian oceans. The risk to public safety was very remote,” the agency added.

“NASA is working to confirm the re-entry location and time and will provide an update shortly.”

The Center for Orbital and Reentry Debris Studies at the California-based Aerospace Corporation predicted the re-entry would occur at 0404 GMT Saturday, plus or minus three hours.

The two dozen parts that survive the re-entry may weigh as little as two pounds (one kilogram) or as much as 350 pounds (158 kilograms), NASA said, and the debris field is expected to span 500 miles (800 kilometers).

The tumbling motion of the satellite has made it difficult to narrow down the location. And given that the world is 70 percent water, an ocean landing was considered likely.

“In the entire 50 plus year history of the space program, no person has ever been injured by a piece of re-entering space debris,” said Mark Matney, an orbital debris scientist at NASA.

“Keep in mind we have bits of debris re-entering the atmosphere every single day.”

The US Department of Defense and NASA were busy tracking the debris and keeping all federal disaster agencies informed, a NASA spokeswoman said.

The Federal Aviation Administration issued a notice Thursday to pilots and flight crews of the potential hazard, and urged them to report any falling space debris and take note of its position and time.

Early Friday, Italy's civil protection agency warned that the probability of a crash in its northern territory had risen from 0.6 to 1.5 percent, and urged residents to stay indoors, on lower floors, preferably near load bearing walls.

Orbital debris experts say space junk of this size from broken-down satellites and spent rockets tends to fall back to Earth about once a year, though this is the biggest NASA satellite to fall in three decades.

NASA's 85-ton Skylab crashed into western Australia in 1979.

The surviving chunks of the tour-bus-sized UARS, which launched in 1991 and was decommissioned in 2005, will likely include titanium fuel tanks, beryllium housing and stainless steel batteries and wheel rims.

“No consideration ever was given to shooting it down,” NASA spokeswoman Beth Dickey said.

The craft contains no fuel and so is not expected to explode on impact, and NASA also said on Twitter that talk of “flaming space debris” was a “myth.”

“Pieces of UARS landing on Earth will not be very hot. Heating stops 20 miles up, cools after that,” NASA said, adding that UARS contains nothing radioactive but its metal fragments could be sharp.

The US space agency has warned anyone who comes across what they believe may be UARS debris not to touch it but to contact authorities for assistance.

Space law professor Frans von der Dunk from the University of Nebraska-Lincoln told AFP that the United States will likely have to pay damages to any country where the debris falls.

“The damage to be compensated is essentially without limit,” von der Dunk said, referring to the 1972 Liability Convention to which the United States is one of 80 state signatories.

-AFP/wk/ck

Channel News Asia